Posisi depan tingkap terbuka dan beralaskan kerusi IKEA putihku. Angin sepoi-sepoi bahasa. Baru lepas hujan. Summer berganti spring. Termenung kejap sambil hisap rokok Malboro. Melihat bukan skodeng. Manusia-manusia di luar dengan aktiviti masing-masing.
Terasa sekejap masa berlalu. Lip lap lip lap dah hampir 2 tahun aku di bumi Soviet ini. Maka dah 2 batch senior-seniorku bergelar Doktor. 4 tahun lagi bagiku untuk mendapat gelaran tu. InsyaAllah. Impian sejak tingkatan 5. Haha Maklumlah dulu masa sekolah cita-cita aku nak jadi juruterbang. Lantas habis SPM aku memohon KTU, MAS cadet dan AIRASIA cadet. Disebabkan mama dah cakap “kalau tak sayang mama jadilah pilot”. Situasi ketika itu pon banyak kejadian flight terhempas sana-sini. haha takpelah. Tapi aku nekad akan ambil lesen pilot apabila sudah bergelar Doktor nanti. InsyaAllah.



No comments:
Post a Comment