1. Asal perkataan lomo?
Lomo ni adalah syarikat underground membuat lens dan kamera perang masa zaman Soviet Union (Russian Federation). Berikut adalah kronolgi pertukaran nama syarikat ni:
VOOMP (Российское акционерное общество оптического и механического производства) adalah nama pertama syarikat LOMO awal 30-an
GOMZ (Государственный Оптико-Механический Завод) nama selepas VOOMP. Ditukar masa tahun 1932 camtu.
LOMO PLC. Nama sekarang yang jadi sebutan remaja.
LOMO PLC ni syarikat yang menghasilkan lens minitar USSR yang agung dan kamera LC-A yang pertama pada tahun 1983 yang diberi nama "LOMO-compact" atau LOMAT. Itu pon copy kamera Cosina CX-1 buatan Jepun.
Teringat masa awal-awal dulu aku nak beli LC-A dengan seorang Russian ni. Punyalah dia marah bila aku sebut LC-A+, alasan dia hanya ada LC-A atau LOMAT je yang dibuat di Russia. Bengkek jugak mamat ni, maklumlah Russian kan tak suka barang-barang diorang di-copy. Tapi diorang copy orang takpe.
Kemudian, tahun 1991 founder Lomography asal dari Austria telah bekerjasama dengan LOMO PLC untuk menghasilkan refurbished LC-A untuk pasaran luar Russia. Ini adalah dongeng kerana, ketika itu Soviet Union baru bertukar nama ke Russian Federation. Maka, dasar keterbukaan kepada orang luar masih 0.01% lagi.
Dengan status syarikat LOMO PLC yang sebenarnya adalah syarikat rahsia dan underground Soviet Union, kerana peranan LOMO PLC dalam menghasilkan optik untuk kegunaan tentera Soviet. Kesahihan masih diragui. Bukti penghasilan refurbished LC-A pon tiada dalam kronolgi penghasilan kamera oleh syarikat ini.
Dipercayai dan terbukti body dan lens refurbished LC-A adalah buatan China, Phenix Optical Instrument Company tahun 2002. Kamera pertama yang dijual oleh Lomography Society adalah refurbished LC-A.
Bagi model-model lain seperti Diana, Super sampler, Holga etc bukan dibuat oleh LOMO PLC.
Keluaran LOMO PLC. 2nd hand LC-A.
2.Beza harga?
Jika Lomography Society menjual sebijik LC-A+ dengan harga USD200, LC-A Soviet boleh dibeli dengan harga USD30 sahaja ketika awal-awal pengeluaran. Kini, harga melonjak naik kerana ke-rare-annya.
3. Lomography Camera
Diana, LC-A+, Fisheye, Holga, Multilens (Action Sampler, Oktomat, Super sampler, Pop 9), Panoramic (Sprocket, Horizon, Spinner 360), La Sardina, Agfa dan lain-lain. Rujukan LSI.
Russian camera yang di-refurbished oleh LSI, seperti FED, Smena, Kiev, Lubitel, Zenit dan Zorki. Tapi tak semua.
3. Kebaikan dan keburukan
Ada pro & cons. Bagi aku, satu usaha yang murni oleh LSI untuk menghasilkan balik kamera-kamera ni atas nama LOMO siap dengan warranty. Tapi, harga yang tak menyebelahi pengguna walaupun dengan warranty.
Lagi satu hal, made in China punya barang ni kurang kualitinya. Aku lagi prefer, kalau korang boleh dapat seller yang menjual kamera-kamera antik ni melalui e-Bay atau persendirian adalah lebih baik, walaupun 2nd-hand tapi dapat kualiti lens dan body yang diingini. Jika rosak, jangan buang sebab ia akan jadi satu artifak yang sangat berharga 10-20 tahun akan datang.
Nak tahu beza Lomo LC-A, refurbished LC-A, LC-A+ etc. Boleh baca dekat sini Confuse Lomo LC-A?
4. Lomo digital?
Aku jawab tidak ada digital Lomo. Lomography hanya mengeluarkan kamera analog sahaja. Macam-macam jenis kamera aku tengok. Minimo, Blackbird, Tolne, Hipstamatic, Golden Half, Vivitar, Robot Camera dan lain-lain. Ini semua bukan yang dikeluarkan LSI. Tapi ada yang panggil kamera-kamera ni Lomo camera.
Even, kedai-kedai menjual kamera ni pon menumpang populariti Lomography untuk melariskan jualan mereka. Sangat tidak malu sebab guna identiti orang lain untuk kaut keuntungan. Kalau LSI tuntut royalti mahu kaya-raya hantu raya di hari raya founder LSI ni.
Even, kedai-kedai menjual kamera ni pon menumpang populariti Lomography untuk melariskan jualan mereka. Sangat tidak malu sebab guna identiti orang lain untuk kaut keuntungan. Kalau LSI tuntut royalti mahu kaya-raya hantu raya di hari raya founder LSI ni.
Macam kita panggil bekas makanan plastik as tupperware, tapi tupperware tu nama syarikat yang keluarkan bekas makanan plastik jugak. Atau pon panggil colgate dekat ubat gigi Darlie, ironi sungguh. Lembu punya susu, sapi dapat nama. HAHAHA







No comments:
Post a Comment