August 02, 2010

Doktor @ Mat Rempit?

"Dulu cikgu saya pernah cakap blajar rajin2. jadi doktor, engineer, lawyer. wpon muka tak hensem tapi poket tebal mesti aweks2 kejar punye. ye ke?macam aweks2 lagi suka yg mat rempit & mat lalang je" 


Oh saja memilih doktor sebab insyaAllah saya bakal doktor. hmm pernah dengar tak cakap mak bapak dolu-dolu lah kan. "nak oih, dah besar nanti blajar rajin-rajin, tolong mak tolong ayah, jadi doktor ke jadi lawyer ke bla bla, jgn malas blaja nanti susah macam mak ayah", dialog yg direka tp ada benarnya. Mak aku pon slalu cakap camtu. Sapa yg nak susahkan. Bagi aku yg memang dah hidop susah, perubahan sangat perlu. 


Aku dah lalui kepayahan hidup dari kecik sampai sekarang. Kesusahan hidup banyak mengajar aku erti sebenar sesuatu benda yg aku ceburi. Ye memang aku susah. Family aku diketuai oleh mak aka ayah aku jugak at the same time. 


Makan telur ke maggi ke nasi goreng ke, even minum air seminggu, itu sume dah permainan aku. Pergi balik kampung naik bas ekspress 1 family itupon dah jadi makanan aku. Kereta lagilah takde. Ke mana je, bus jela kereta aku. Duit blanje 50sen ke RM1 ke sekolah tu alah bisa tegal biasa sedangkan rakan-rakanku bawak RM5-RM10. Nak buat cmne dah tu life aku. Ingat lagi time sekolah, dolu-dolu aku naik bus skolah cina. 


So mana ade free. Dah sah2 setiap bulan aku yg paling last bayar duit bus. Paling lambat tengah bulan. Kena maki tu takde hal. Telinga dah tebal. Sebab bapak aku tak sehebat yg disangka. Maaf bapak. Sebab itu aku blajar bersungguh-sungguh.


Masa nak PMR aku tuisyen dekat pusat tuisyen Kasturi yg popular kat area KL dolu-dolu. Pernah sekali bapak aku suruh berhenti gara-gara takde duit nak bayar yuran. Aku menangis kot. Sebab aku perlukan ilmu, ilmu utk senangkan aku nanti. Itu baru sikit. Banyak lagi kesusahan aku. Sebab tu bila ada orang cuba nak ajar aku tentang kehidupan aku memandang tipis, lagi2 yg nak ajar tu tak pernah hidup susah. haha 


Jadi berbalik kepada isu utama, korang applykan kesusahan hidup yg aku alami kepada life korang sekarang atau future anak-anak korang. Susah tak? Korang nak ke susah camtu? Nak ke anak-anak korang brainwash utk ke kelas dgn takde duit makan dan penat utk melawan demi sesuap nasi dan sesuap ilmu? Mesti tak nak. Aku lagi tak nak sebab aku dah rasa. Aku nak future aku dan anak-anak aku lagi senang dari aku. Tapi kesusahan tetap perlu ada supaya life dihargai dan anak-anak tu nanti tak poyo. ekeke


Ramai yg aku tengok chicks sekarang berboyfie kan mereka-mereka yg tak seberapa pelajarannya. Kemudian kawin pada usia yg mentah. Dengan saving takde, rumah besar reban ayam, hutang sana sini. Haa itu belom lagi masuk hutang bayar pelamin dgn mak andam yg tak settle2. Janganlah camtu. Memang boleh kawin. Boleh je duduk dalam rumah sebesar reban ayam. Tapi berapa lama dapat tahan? setahun? 2 tahun? Tapi yg pastinya takkan dapat tahan selamanya. Even aku duduk apartment yg biase-biase pon mak aku yg lagilah master kesusahan tak tahan. Kesian. Tunggulah aku dah berjaya nanti. 


Sebab itu perlunya pelajaran yg tinggi, kerja yg mantop, saving yg terbaik, pendek kata segala-galanya bergantung kepada pelajaran. Pelajaran baik cerah masa depan. Memang ramai contoh-contoh yg tak belajar tinggi tapi berjaya macam Bill Gates yg dicanang-canang kawan aku. Kita lihat plak cmne life dia. Dekat mana dia tinggal. Dengan sapa dia bergaul. Apa cara dia sampai berjaya. Itu sume kita boleh ikut tapi satu yg kita tak boleh ikut. Ketahanan mental dia menahan segala kesusahan sumpah seranah. Unless kalo korang dah tough dengan kesusahan dan nak lagi kesusahan silakanlah mengikut beliau. Pada aku kenapa nak ikut jalan yg susah sedangkan jalan yg senang ada, iaitu pelajaran. 


Btol nak blajar kalo takde duit pon tak kena jugak. Tapi ingat kerajaan sekarang dah fleksibel. Banyak je loan-loan, scholar yg ditawarkan. PTPTN, Mara, JPA even loan bank pon ada utk education. Bagi mak bapak mana yg tipikal tu buanglah perangai nak kumpul harta. Lagi-lagi Melayu. Duit banyak tapi kumpul harta dan anak terabai. Abis form 5 terus dibiarkan camtu je. Bagi anak belajar. Investment jangka masa panjang tu. Ingat, pe yg kita buat adalah investment. 


Konklusinya, blajarlah bersungguh-sungguh, ilmu sangat penting, tak payahlah nak fikir kawin bila hidup tak seberapa nak lengkap, lagi-lagi laki yg tak bertanggungjawab. Nak kawin dgn anak orang. Bukan anak patung. Faham-fahamlah kan. Senangkan mak bapak yg dah besarkan kita dulu baru kita senangkan diri kita. Tolong mana yg patut. Kalo ada adik beradik yg tak abiz-abiz blajar lagi tolong tanggung mereka. Ringankan beban mak bapak salah satu pahala yg besar. Ingat, orang tua kita tak lama je lagi akan pergi, apa kata kita bagi mereka happy sepuas-puasnya dengan apa yg kita miliki bila dah senang nanti. 



No comments:

Powered By Blogger