August 31, 2010

Racist perlu ke?


Isu racist ni makin lama makin teruk. Cuba korang baca notes ni "It happened to me, it could happen to you" Sekumpulan budak Melayu yang aku rasa asal dari gua telah memukul 2 orang berbangsa Cina dan mengeluarkan dialog "Baliklah ke negara asal". Bodoh ke apa? Time merdeka plak tu. Apa sudah jadi budak-budak muda Melayu Malaysia sekarang?Ini ke bakal-bakal pemimpin?Jauh panggang dari api. Langsung takde hormat pada bangsa lain. Walaupun kau tak hormat bangsa dia tapi hormat dia sebagai manusia yang ada maruah. Rosak budak-budak sekarang. Belum reda lagi isu pukul-memukul dekat sekolah, nah sekarang isu rasis ni kembali balik. Semua gara-gara kes video Namewee yang dikatakan rasis.


Ye aku ada menonton video-video dia dan aku rasa takdelah rasis mana. Cuma cara dia menyampaikn perasaan hati itu yang salah dengan mencarut bagai. Itu memang salah kalau menggunakan bahasa kesat. Lebih mendukacitakan sesetengah golongan yang berkepentingan menyalah tafsirkan apa yang cuba disampaikan. Maka, kesannya rakyat yang serba "open-minded" pon berduyun-duyun sokong. Tak tahu asal usul cerita terus menuduh melulu membabi buta. 


Semua ni aku salahkan pemimpin. Tidak kiralah kau pemimpin BN ke, PAS ke, DAP ke, PR ke. Semua 2x5 = 10. Sebagai pemimpin sepatutnya meredakan keadaan. Mencari jalan penyelesaian. Bukannya sekepala mengapi-apikan keadaan. Nampak benar Malaysia masih lagi tak merdeka. Morality sangat teruk. Mengalahkan negara-negara di benua Afrika yang mana makan pakai pon tak cukup lagi. Inikan kita yang kedai makan bersepah, nak makan apa saja pasti ada, yang penting perut tu cukup kenyal untuk membesar mengikut jumlah makanan yang dimakan. 


Jika kita lihat, pemimpin zaman sekarang cukup selfish. Mementingkan diri itu salah satu kriteria menjadi pemimpin masa kini. Berani mati demi mengejar cita-cita sendiri. Mana nak jumpa pemimpin yang memperjuang hak rakyat umum?. Semuanya mengambil kesempatan dengan memilih-milih kaum semata-mata nak jadi wira penyelamat bangsa. Kenapa sampai begitu sekali?Kalau benarlah perlembagaan sudah termaktub bahawa hak kita adalah sekian-sekian, makanya sudah pasti takkan berubah kalau kita yakin dan pertahan secara positif. Tidak perlulah terlalu ekstrimis. Ingat! rakyat Malaysia masih belum mampu berfikir dengan matang. Jadi, setiap pemimpin perlulah berhati-hati dalam tindakan. Menjadi pemimpin bukan suka-suka kerana ia adalah amanah. Masuk kubur, akhirat kau tanggung segala dajal dan punah yang kau sudah buat. Haa betapa beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin.


Kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah merdeka 53 tahun sepatutnya bijak berfikir dan pandai membuat keputusan demi masa depan kita dan negara. Ingat! kalau manusia berumur 53 tahun dah dikira orang tua. Masa inilah segala jaringan penyakit akan menyerang. Tapi yang pastinya otak dan pemikiran sudah matang. Rakyat Malaysia sepatutya begitu. Semangat 1 Malaysia ni merupakan acuan terbaik untuk kita bersatu-padu tanpa mengira kaum atau ideologi. Lagi satu baru-baru ini, Indon plak sudah buat hal. Cuba korang tengok ni Indon hacked Utusan. Dari membaling tahi, menceroboh kedutaan Malaysia. Sangat kuno mereka ini. 


No comments:

Powered By Blogger