Story-telling contest
Memang sah-sah aku bantai tidur kalo lecturer dekat depan non-stop bercerita tapi bukan mengajar. Lagi-lagi kalau lecture yang nak-nak 2-3 jam straight. demmit tu. Lecture sekarang yang aku paling bosan lecture patphys. Cikgu ni syok sendiri btol. Cakap sikit tetiba gelak sendiri. Ada jugak aku ajuk, yelah sebab bosan. Lepas tu nak speaking tak nak plak mulut bukak besar-besar. "membrrbrrzzheezhee". Slang Russian pekat. Melukis dekat papan hitam pon dia sendiri yang faham. Teringat dulu masa 1st year, aku pegi lecture kimia Bilikin. Adoyai, berdengkur dibuatnya, habis je memang aku sumpah terus tak nak datang lecture dia.
Mencapap
Ayat ni zaman sekolah dulu memang fofular. Lagi-lagi dekat mamat-minah yang poser. Dekat tempat aku ni pon ada. Nasib baik tak ramai. Kalau just jawab soalan yang ditanya lecturer sebab tahu dengan cara yang cool tu takpe. Ini tak, ada tu yang jenis bajet Russian dia hebat. Nak ek sikit jawab dalam Russian kuat-kuat lepas tu pandang keliling. Diamma! Alahai publisiti murahan betul. Dia ingat orang pandang dia sebab hebatlah tu. Padahal kena sumpah seranah.
Flash camera
Yang ni aku panggil "perak". Bukan negeri Perak tapi jenis yang sakai tu. Nak ambil gambar slaid tu tak kisah, tapi perlu ke nak flash seterang-terangnya? Ini bukan zaman tok kaduklah yang guna vintage camera. For sure vintage camera guna film dan kualiti yang rendah. Ini guna digital camera kot. Paling busuk pon 8mp. Aku guna camera handphone aku yang 3mp je kot ambil gambar slaid. Tak payah nak berflash-flash. Alhamdulillah naik tahun jugak belajar aku.



No comments:
Post a Comment