November 22, 2010

Slavic Girls [Part 2]


sambungan daripada slavic girls [part 1], jangan tak tahu sebenarnya ramai aktres dan penyanyi yang hot dekat Amerika tu ada pertalian darah dengan Russian. Ada yang berkait belah moyang dan ada yang berkait belah mak atau ayah. 



Antaranya Pamela Anderson(belah moyang mak), Nicole Scherzinger, Sasha Barrese dan bla bla bla. Ramai jugak di kalangan lelaki macam David Cooperfield dan Michael Douglas. 


Memandangkan tajuk pon girls so yang lelaki belakang cerita. Mengikut pemerhatian aku, Russian girls ni masa kecil-kecil memang high kalau tengok. Comel! Bila besar. Cantik macam patung barbie. Boleh kata nak jumpa yang bluerk tu 1:100 jugaklah. Kalau sesapa yang berminat nak bukak agensi model tu memang boleh kaya cepat.



Masa Muda
Awek-awek ni cukup menjaga penampilan. Mostly Russian girls akan bekerja selepas sekolah atau masa sekolah lagi gara-gara nak control ayu. Yelah dah adik manis pon ramai, persaingan pon tinggi maka kenalah pakai cantik-cantik, mekap pon mahal-mahal. Ini diakui seorang rakan aku yang start bekerja dari umur 14 tahun sehingga sekarang umur dia 21 tahun. Memang cantik. Mix Arab-Russian dan berambut hitam. Body memang solid model habis. Perfume 100m dari jauh dah boleh bau. Lagi-lagi taste Russian girls ni minat fruitty base perfume. 


Bila dah meningkat mak cik je pakai minyak attar. Makan punya jaga tapi minum tak. Air harem tu of coz jadi santapan harian diorang. Rambut jangan cakaplah. Memang daya penarik. Haish macam rambut patung. Mostly rambut-rambut palsu yang dijual kebanyakkan negara dekat dunia ni asalnya rambut awek-awek Russian ni. Lagi-lagi gadis kampung. Diorang memang jaga benda-benda camni.





Sifat diorang sangat berdikari dan tidak bergantung kepada mak bapak. Sukar senyum lagi-lagi dengan foreigner. Tapi kena cara memang senyum punya. Pantang nenek moyang diorang kalau tahu anak-anak dara diorang berkawan dengan foreigner. Tapi nenek dengan moyang jelah. 


Bagi mak bapak lagi menggalakkan sebab dua je yang Russian girls ni nak dari foreigner. Harta dan tempat tinggal luar dari Russia. Nampak tak even rakyat Russia sendiri pon tak nak tinggal dekat Russia sebab sistem pemerintahan diorang yang masih sux. Mereka sangat sukakan matahari dan negara yang selalu jadi tempat diorang sunbath adalah Thailand. Kawan aku setiap tahun pergi Thailand bila tibanya winter. 


Lagi satu kalau korang nak tahu awek yang paling berani letak gambar bogel dekat facebook ke, friendster ke myspace ke atau vkontakte adalah Russian. Diorang sangat bangga dengan body diorang. Lagi satu kalau lagu-lagu Russian ni tak sah kalau awek yang nyanyi tu just pakai baju tutup litup. Mesti ada yang berbikini dan tuut tuut.





Cuma satu yang kelakar buat aku tergelak diorang suka lagu english tapi korang jangan haraplah nak dengar diorang boleh nyanyi complete. Paling hebat pon mumbling je. Ada yang baru reti cakap hello pon dah poyo.


Masa Tua

Aku paling benci mak cik dekat seluruh Moscow ni. Semua annoying. Nak jumpa yang baik macam nenek kita dekat kampung tu memang jauh panggang dari api. Dekat 5-6 kali jugaklah aku hampir gaduh dengan makcik-makcik ni lagi-lagi bila naik Metro. Suka sangat nak berebut tempat duduk dengan orang. 


Lepas tu kalau terlanggar sikit macam harimau. Kalau boleh nak diterkamnya kita. Pernah jugak sebab geram ada sekali setan naik kepala, aku tolak je mak cik annoying keluar dari pintu Metro. Nasib baik time tu pintu terus tutup. Kalau tak tak pasal-pasal je kena piack kat muka. ekeke Mana taknya kita nak naik tren dia plak sibuk menolak-nolak dari belakang.





Makin tua makin busuk. Betul! Lagi-lagi time winter ni. Semua pemalas mandi. Memang kalau naik metro ke bus ke confirm bau macam siawl. Rasa macam nak smack je kadang-kadang mak cik ni. Sebab tu Russian ni tak sesuai dibuat bini. 


Kalau nak pon time muda je. Bila tua tinggalkan je. LOL joke. Mostly memang busuk. Susah nak jumpa Russian tua yang wangi. Kalau dekat hospital, bau memang boleh buat migrain.





Jadi Russian girls ni memang kena dengan perumpamaan melayu. Kecantikan tu tak kekal sampai bila-bila. Bila dah tua busuk, kasar, bongkok, annoying. 


Pendek kata nenek-nenek dekat Malaysia tu 10x lebih baik dan awek-awek dekat Malaysia tu lagi sesuai dibuat bini berbanding awek dekat sini. Lelaki dekat sini takde hensem mana pon. Memang beruntung betul jadi laki sini. Muka tak hensem pon awek hot. ekeke

No comments:

Powered By Blogger