July 19, 2011

Zenit dan Lomography

Logo KMZ

Krasnogorski Mekhanicheskii Zavod (KMZ) - Syarikat yang menghasilkan kamera-kamera slr Zenit. Tapi, sebelum itu, mereka menghasilkan siri 6x9 rangefinder folding kamera, Moskva pada tahun 1946.


Bermula tahun 1948-1949, kamera rangefinder FED dan Zorki dihasilkan. Post akan datang aku story plak pasal rangefinder kegemaran ini. Mid year 1949, baru KMZ modified dan ubah sikit ciri-ciri yang ada pada Zorki untuk menghasilkan kamera 35mm slr Zenit. Flashback balik, Zorki ni plak copy Leica II.

Kilang KMZ

Zenit dan Lomography
Zenit diambil menjadi anak angkat Lomography pada tahun 2005. Itu pon, selepas Zenit menang pertandingan dan dapat pengiktirafan "Victoria prize and Laureate diploma" pada tahun 2000. Model-model selepas 2005 dihasilkan di China.

Early Horizont

202 Horizont keluaran BeLomo, kerjasama KMZ


Kamera yang diubah dan di-refurbished oleh LSI seperti, Horizont (1966-1973) yang diubah menjadi Perfekt dan Kompakt. Antara model yang di-refurbished balik seperti, Zorki-1, Zorki-4,Fed-1, Fed-5B, Zenit-E, Fed-2, Kiev-4, Horizon Kompakt dan Perfekt. 

Ada jugak Zenit yang dieja "Zenith". Ada H extra. Model ini, body-nya diimport dari US dan UK. Boleh juga dijumpai dekat LC-A Zenith.

Kalau nak tahu lebih lagi pasal Zenit, bolehla usha link ni Zenit Camera. Dalam bahasa Rusia.

Lens yang digunakan seperti, Helios 44m, 44-2, 40, 44m-4, industar 50-2 etc. Antara model-model Zenit.

Zenit-E Olympic version

Zenit EM antara fevret aku.


Contoh-contoh gambar hasil kamera dan lens Helios. Swirl bokeh trademark lens Helios.





2 comments:

Anas Saifuddin said...

salam zenit dari seremban!

Jimms said...

pergh!otai dh sampai ;D

Powered By Blogger