December 26, 2011

Hari Minggu yang Terisi




Alhamdulillah sejak balik ni banyak event aku dapat join. Sesampai je hari tu cousin lelaki aku kawen. Belah keluarga perempuan, dekat Changkat Jering. Seronoknya dah lama tak berjalan jauh. Sampai Taiping memang aku terkesima dengan kecantikan bandarnya. Lagi-lagi area taman tasik. Besar dan nyaman dengan gunung-ganang yg hijau dan berkabus. 

Bersama wang hantaran RM20k

Sebelum bergerak reramai dari Ampang dengan bas persiaran yg disewa khas, aku sekeluarga berkumpul dulu dekat rumah paklong. Pagi-pagi lepas subuh barulah bergerak dengan kawan-kawan paklong yang datang dari Australia. Sangat mesra dan baik belaka. Perjalanan lebih 5 jam campur berhenti R&R dan berjumpa dan berkonvoi dengan keluarga lain, yang dah gerak ke Taiping malam sebelumnya.





Majlis di rumah perempuan bermula lepas zuhur tak silap aku. So, aku kena bawak bunga pengganti sirih. Berat sampai kuyup baju melayu. Dah letak bunga tu pon still menggigil lagi tangan. Ohh tema warna kami sekeluarga adalah peach untuk waktu siang, majlis malam tema biru muda.  


Makanan yg dihidang sangat sedap! Layanan 5 bintang. Lauk habis mintak je, air habis mintak je. Walaupun hujan lebat sampai hampir banjir area rumah pengantin selepas selesai pengantin diijab kabulkan, tapi kesedapan makanan tu buat aku tak hirau pon. Rasa nak tambah lagi je. Ada beberapa media yang datang seperti Astro, Metro, Harakah pon ada, Kosmo dan beberapa majalah hiburan.





Majlis malam plak dekat area taman tasik jugak. Sangat meriah. Lagi sekali makanan dari Amy catering memberi kepuasan. So, sape-sape yg nak kawen dekat Ipoh tu bolehla guna khidmat Amy catering.





Majlis bagi pihak lelaki plak minggu seterusnya. Preparation meriah gler. Khidmat Kapas digunakan untuk menghias pelamin dan meja santapan pengantin dengan bunga-bunga segar digunakan. Rumah nenek bertambah cantik dengan cat baru, tembok baru, pagar baru dan tambahan lampu2 dalam rumah. Ramai jugak reporter yg datang.





Hari menerima menantu perempuan diserikan dengan kedatangan band belle-belle tak silap aku dengan nyanyian lagu-lagu yang best. Ramai ahli keluarga dari Singapore, Melaka dan merata negeri datang. Makanan pon terbaik. 5x tambah nasi. 









2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kali ni berjaya juga kau masuk paper Jimm!

Mih mih mih XD

Tapi aku paling suka yang tema biru. cantik XD

Jimms said...

hehehe btol! bukan senang nk dpt peluang.

Powered By Blogger