July 30, 2010

Mari Membaca!

Post kali ini pasal membaca. Kalau kat Malaysia nak tengok 1 orang dalam tren LRT ke Putra ke Komuter ke Monorel ke memang sangatlah susah. Tapi kat Moscow dah jadi "habit". Tengok gambar bawah ni. Aku amk candid time naik Metro pulang ke rumah.



Mereka-mereka ni chill je membaca. Kadang-kadang tu ada je yg bawak buku setebal kamus english-malay. ekeke hobi diorang membaca novel & bermain teka silangkata. 


Bayangkan kat Malaysia cmni. Memang terbaik. Bukan apa bangsa yg berjaya adalah bangsa yg suka membaca. Salah satu sebab Russian ni hebat sebab diorang suka membaca. Tapi satu yg aku pelik Russian ni walaupun kuat membaca tapi still bengap gak. Bengap dalam communication & racist dgn bangsa lain. Walaupun sume itu kesan dari ajaran pemerintah komunis soviet dulu tapi zaman dah berubah. 

Tapi dekat Malaysia ada satu badan yg sedang berusaha memupuk sikap membaca ni. Baca @ LRT. Satu usaha yg sangat bagus & aku harap berterusan. Bukan setakat hangat2 tahi ayam je=).

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sudi bersama para pembaca Baca@LRT dari Gombak ke KLCC dari jam 11 sehingga 1 tengah hari.

Seorang lelaki yang memasuki tren dan memilih berdiri di sudut yang selesa kemudian terus membuka buku tebalnya sehingga tiba di destinasi. 




2 comments:

Zamri Mohamad said...

Menggerakkan usaha ini bermula dari kesedaran individu. Saya memegang kata-kata ini, Baca@LRT bukan satu pertubuhan dan gerakan. Ia adalah usaha individu. Meskipun seorang ia adalah Baca@. Ia hidup di mana-mana. Foto yang dipetik menunjukkan keberanian meskipun seorang sahaja.

Apabila tuan balik ke Malaysia, kami ingin bertemu tuan bagi mendapatkan maklumbalas bagaimana budaya membaca hidup di sana. Satu bantuan dari segi pemerhatian dan kajian orang Malaysia di luar negara penting.

Isu hangat-hangat tahi ayam ini berlaku apabila akses budaya membaca melalui jenis program luar negara tidak diceritakan kepada kami di sini yang hanya menggunakan kaedah eksperimen. Bagaimana cara kedai buku mempromosi, jenis kempen, apa sahaja semua itu maklumat penting.

Semua orang, ya semua orang main peranan.

Jimms said...

insyaAllah jika tiada aral melintang tiada masalah utk kita berkongsi bersama pengalaman dan idea bagi memupuk dan menggerakkan sikap suka membaca ni;).

Powered By Blogger