July 27, 2010

Perlukah?

Sudah tiba masa untuk mahasiswa berpolitik – Saifuddin

28/07/2010 1:39pm


KUALA LUMPUR 28 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.
Katanya, beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
“Jika sekarang guru siswazah DG 41 hingga DG 48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita beri peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian,” katanya di sini hari ini. - Utusan

Ye aku baca Utusan Malaysia & juga newspaper Malaysia yg lain. Ada sesiapa yg ada masalah? sebab aku tahu ramai yg blacklist Utusan gara-gara pro kerajaan. Oh tanpa kerajaan sekarang korang yg mana-mana anti-kerajaan tu pon takkan wujud. Bukan nak bincang pasal Utusan tapi pasal mahasiswa dalam politik. Artikel ni pon ada dalam blog beliau. saifuddinabdullah.com. Should be article about politics dalam blog aku lagi satu. Kiddo. 

Sangat dialu-alukan setelah sekian lama akhirnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda. Kerana AUKU inilah ramai mahasiswa2 yg mampu bersuara terus senyap sepi kerana "takut" ditangkap & di "ISA" kan. 

"One of the penalties for refusing to participate in politics is that you end up being governed by your inferiors"


Antara yg perlu dipinda seksyen 15(1), 15(2), 15(3), 15(4), 15(5), 15A, 15B, 15C, 15D(1), 15D(2), 16, 16B(1), 16B(2), 16B(3) dan 16C(1).

Manakala kongkongan dan kawalan tersebut, antaranya, ialah:


(1)Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memanggil, berhimpun
atau mengorganisasikan perhimpunan seramai lebih dari lima orang 
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor atau wakilnya. 


(2)Mahasiswa tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali 
mendapat kebenaran dari Naib Canselor atau orang yang diberi kuasa olehnya. 


(3) Mahasiswa, pertubuhan, badan atau kumpulan mahasiswa 
tidak dibenarkan mempunyai atau mengguna pembesar suara atau seumpamanya. 


(4) Melarang mahasiswa menggunakan bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya. 


(5) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada menjalankan 
sebarang ativiti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor 


(6) Melarang mahasiswa dari mengambil bahagian dalam apa-apa 
perniagan, pekerjaaan atau aktiviti lain secara sepenuh masa atau sambilan yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini


(7) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada 
menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain- lain 
kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. 


(8) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menyatakan sokongan, 
simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan badan-badan lain. 


(9)Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memungut wang. 


(10)Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan mahasiswa 
adalah disifatkan melakukan kesalahan sekiranya kesalahan dilakukan atas nama atau bagi 
pihak persatuan atau kumpulan mahasiswa itu, melainkan dapat dibuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan 
tanpa pengetahuannya dan dia /mereka telah berusaha mencegah kesalahan itu. Dia/mereka boleh didakwa atas kesalahan 
itu walaupun dia/mereka tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

No comments:

Powered By Blogger