Sometimes oh almost of the time manusia yg bercinta sanggup buat apa saja utk pertahan cinta diorang. Ada yg sanggup redah lautan api, panjat gunung bagai. Oh itu lagu. Hiperbola sangat kalau dalam life apply camtu. Haha confirm mati. Unless kalau negara korang tinggal ade gunung berapi dan laut sebelah gunung tu. Maybe orang indon mampu melakukannya. Hehe apa yg aku nak ceritakan nanti bukan utk mintak belas kasihan, tapi utk share dgn korang apa yg aku lalui dan apa yg aku rasa. Yelah ada orang pandai bercakap tapi tak pernah pon lalui dan rasa. So im juz sharing my 2 cents;).
Ok, kenapa wujudnya orang yg macam ni? Sanggup struggle semata-mata nak jaga cinta yg ada. Pada aku tak perlu kot. Bercinta ala-kadar adalah yg terbaik. Sedangkan orang yg kawin pon boleh bercerai, inikan yg belum kawin.
Aku amik contoh paling mudah parents aku. Yea parents aku tak macam parents korang. Family yg akan sentiasa ada dgn aku hanya mama aku, abg aku, kakak aku dan adik aku. Ayah plak? Seriously aku tak pernah rasa kasih sayang sorang ayah. Tak macam anak2 yg lain. Follow bapak p tengok bola ke, p memancing ke. Share hobby pasal kereta ke. Aku tak pernah dapat peluang macam tu. Masa parents aku bercerai, masa aku form 4. Masa aku dekat hostel. Balik bercuti tao2 dah settle camtu je. Tapi aku tak terasa sangat pon. Ala lagipun ayah aku memang dari dulu lagi jarang balik rumah. Masa tu genap 27 tahun tak silap aku parents aku bercerai. Betapa lamanya,hamper 30 tahun pon boleh bercerai. Korang nampak tak situasi yg aku nak story ni. Jadi bila bercinta, serahkan segala-galanya kepada Maha Pencipta. Tak perlu berjanji itu ini, control itu ini. Tak perlu sume tu, yg perlu hanya kepercayaan dan komunikasi yg baik. Cukup 2 benda tu.
Ada jugak kawan2 aku yg dah couple 4-5 tahun tapi clash lepas tu takut nak bercinta lagi. Oh cmon, cinta adalah masa utk kita bereksperimen. Aku pon pernah bercinta bagai nak rak hampir 4-5 tahun. 2 kali plak tu. Tapi aku tak pernah takut utk bercinta lagi. Maklumlah naluri manusia kan. Mana boleh sorang2. ekeke
Ok sambung balik, puncanya sebab politik. Ideology politik ayah aku pembangkang berlambangkan bulan dari zaman dia muda lagi. Kerana fahaman itulah yg membuatkan keluarga aku huru-hara. Sebab tu aku tnjuk jari tengah awal2 dekat parti bulan tu. Mungkin korang anggap aku melampau tapi itulah yg aku rasai dan alami pasal relation dan cinta. Tak percaya tanyalah mana2 remaja yg family tak complete, tanya pasal cinta. Mostly ada yg tak percaya langsung dekat marriage. Tapi aku takdelah sampai macam tu sekali.
By the way, sume yg berlaku banyak mengajar aku erti sebenar kesusahan dalam hidup. Sume yg aku perlukan aku kena urus sendiri. Dari duit sampailah tempat belajar. Mak aku dah latih aku adik beradik berdikari awal2. Sangat berguna sampai sekarang.
Jadi pengajarannya janganlah terlampau “bercinta” sangat sampai lupa study sume, takut nanti frust menonggeng, lepas tu mulalah appetite makan takde. Badan pon jadi kurus. Mat salleh pon ade cakap “ if she/he luv u, they will come back, but if not, means she/he not for u”. Betollah jodoh tu hanya Allah yg tentukan. Kita hanya mampu berusaha mencari dan berdoa.
Lagi-lagi sekarang fenomena facebook. Lagilah relation kucar kacir. Siap ada yg gado-gado tulis dekat wall lagi. Haha aku rasa kelakar. Tak perlu kot nak hightlight sume yg korang gadohkan. Sangat tak matang. Gado senyap2 kan boleh. Lagi satu kalau ada kawan2 yg batu api. Memang tak boleh bla yg tu. Member dah clash siap boleh gurau2 perli2 lagi. Cuba korang yg kena. Cmne? Sentiasa letak diri korang dalam situasi orang lain baru korang tahu cmne feelnya.



2 comments:
lama gilaaaaa tak jenguk ur blog.. hehe.. but i ade reason.. i lost ur blog url.. hehe :p i dh brzaman tak blog.. n i x tau if u ade url i lg ke x.. nah.. i bg.. amek2.. :D
http://sheer-whispers.blogspot.com/
oh man finally!;)
thanx! later i jenguk blog u;)
Post a Comment