August 12, 2010

Vampire Weekend

Vampire Weekend
Selalu je aku post video-video diorang. Indie band yang form pada tahun 2006 dekat Amerika dengan album Vampire Weekend. All of them New Yorker. Lagu-lagu diorang sangatlah mengujakan. Walaupun pada awalnya aku ingat mat-mat British sengau rupanya aku silap. Singer yang jambu serta bersuara awww sexaaay Mr. Ezra Koenig, Rostam pemain keyboard jenama AHA, drummer yang cute bertangan sotong Chris T dan si kaki lipas Chris B. 


Rostam

Setiap dari mereka ada attitude yang menarik perhatian. Lebih menarik korang dengarlah setiap video LIVE diorang memang sebijik dalam album, sangat natural. Mereka menyanyi dengan penuh kusyuk dan tawaduk. Cukup harakat dan sabdunya. Ditambah dengan lenggang-lenggoknya. Aduhai.


Ezra

Genre oldies campur 80's sikit campur hindi sikit. Nombor 1 top Billboard sejak akhir-akhir ni. Menampakkan mereka sangat hebat. Tak percaya korang layanlah lagu Holiday. Layangan jari bermain gitar amat mantop sehingga aku terkinja-kinja di atas kerusi. Belum lagi dicampur lagu A Punk. Asyik nak menjerit hey hey hey tanpa henti je. Bagi yang lemah semangat sila dengar lagu Giving up the Gun. Sure korang rasa di awangan. Banyak lagi lagu-lagu mereka yang hangat seperti pancake panas seperti oxford comma yang sangat klasik. Kalau korang yang berada jauh di perantauan seperti aku kalau-kalau teringat akan sedara-mara yang berbau bacang, cuba try dengar cousin. 


Chris T

Pastinya rasa sangat girang. Bagi yang hantu hindustan, haa jangan tak tahu ada je taste hindi dalam lagu mereka ini iaitu horchata. Abang-abang, akak-akak, pak cik mak cik yang lahir zaman seluar yankee berambut gulung-gulung mesti akan teringat kembali zaman-zaman muda jika melayan lagu-lagu mereka. Jika tak percaya cubalah mendengar. Album terbaru mereka contra.


Chris B

Sumpah tak tipu. Ustaz aku cakap kalau menipu masuk neraka tau. So ni sume benar-benar belaka. Selamat mendengar!

No comments:

Powered By Blogger