June 17, 2011

Tahi Telinga?


Hobi dan habit manusia mengorek telinga dengan alasan nak keluarkan tahi telinga dan gatal dan dan dan dan. Haa banyak tu alasan diberi bila ditanya kenapa korek telinga. Dari segi perubatan, mengorek telinga menggunakan putik kapas atau cotton bud sangat tidak digalakkan dan dilarang sama sekali. Kenapa?


Ada nampak macam kaya tak?Sapu atas roti. HAHA

Struktur cotton swab yang mampat dan hampir sama saiz dengan lubang telinga akan menyebabkan tahi telinga akan termampat di dalam dan berkemungkinan, apabila terlebih korek akan mencederakan struktur dalaman telinga tu. Bila cedera, pendarahan boleh berlaku, nanah yang berbau pon boleh jadi. Silap hari bulan kena jangkitan kuman, hilang telinga tu kena potong. Haa! Nak ke camtu?



Sebenarnya, perkataan "tahi telinga" adalah salah sama sekali. Mana ada tahi telinga, yang ada hanyalah habuk telinga atau ear wax. Ear wax ni berfungsi membersihkan telinga anda. Bila ear wax ni berkumpul, maka terjadilah pelbagai warna ala-ala coklat gitu. 



Kemudian, struktur telinga yang dipenuhi bulu-bulu kecil bertindak sebagai penyapu yang akan menyapu wax-wax ni keluar dari telinga. So, tak payah gatal-gatal tangan korek telinga. Ear wax tu akan keluar sendiri dari telinga. Tindakan korek telinga non-stop membuatkan ear wax tu banyak dan berbau kerana terkena permukaan jari atau cotton swab yang sah-sah ada kuman walaupun 1%.  


Bebulu telinga dalam telinga yang bertindak sebagai penyapu habuk

Apakah kesan terlebih korek telinga?
Telinga bernanah dan luka sehingga berlaku pendarahan. Berlarilah selaju mungkin ke klinik bila keadaan tersebut berlaku. Jangan kerana hobi mengorek telinga tu menyebabkan korang pekak buat selamanya. 


Antara punca tahi telinga mampat dan telinga pekak:
Dengar lagu kuat-kuat menggunakan headphone atau earphone, tekanan dari kekuatan amplitud lagu tu akan menolak ear wax tu lagi ke dalam dan memampatkan. Sebab tu orang yang suka dengar lagu kuat-kuat ni agak kurang pendengaran.


Menggunakan benda-benda tajam untuk mengeluarkan tahi telinga seperti sudip kecil dan cotton swab. Jangan sesekali cuba.


Korek menggunakan jari. Ini habit rakan sebilik aku. Katanya feel macam nak berjoget je bila dapat korek telinga laju-laju. Ntahlah sampai macam tu sekali. Tapi memang berbahaya dan melukakan.

No comments:

Powered By Blogger